Selamat Datang Ke Hideout Ku:

Ini merupakan tester blog seo ku. Apa2 seo terkini akan diletakkan di dalam blog ini. Kepada sesiapa merasa dirinya newbie seperti diriku, rajin2 la jenguk blog ini yer.

Kita belajar sesama sendiri.

Tuesday, June 2, 2009

Belajar SEO dah tamat

Bila tengok blog nih dah lapuk dalam list blog tak aktif, tergerak hati nak tutup je blog nih.. delete delete... tapi rasa sayang pula nak padam.. dah tu bila masuk balik blog.. ada 6 reader.. ntah dari mana.. ada juga yang berkenan nak baca blog nih.

Pertandingan Belajar SEO nih pun dah tamat tahun lepas dah. Nak aktif balik, rasa malas pula. Ye lah aku nih bukan rajin sangat nak update blog. Bila ada kelapangan je baru la tergerak nak buka notebook update apa2 yang patut.

Tak pe lah, rasanya biar aku kekalkan je blog ini dan muatkan lagi dengan tips terkini yang ku pelajari dalam internet nih. Tak perlu kedekut ilmu. Ilmu nih untuk semua. Cuma kena rajin je lah nak carik ilmu tu. Huh huh.. rasa ngantok pula lama2 menaip blog nih. Aku dah kehilangan idea tahap dewa dah nih.

Oklah nak stop takat sini dulu. Lenkali aku sambung balik.

Monday, July 14, 2008

Belajar SEO: Findings

Hari nih dapat la ku simpulkan daripada analisis yang ku lihat pada blog2 otai lain.. rata2 nya submit blog masing untuk capai top rank berdasarkan pada senarai yg ku dapat kumpul hari nih:
1. Submit url masing2 ke dalam blog directory ( ada yg send byk, ada yg send sikit jek)
2. Send ke Ezine article
3. Send ke Youtube
4. Send ke web iklan free ( lagi banyak lagi menaikkan rank kot )
5. Yang penting blog di optimize dengan seo properly mcm Meta Tag, Alt image, using Strong untuk keywords Belajar SEO
6. Send comment and letak url blog sendiri pada post2 yang berkaitan dengan SEO.

heheh apa lagi ..sesiapa yang rajin nak buat.. apa tunggu lagi ..buat la sekarang.. aku nak cuba gak ..tapi no idea la .. byk keje pulak kat ofis nih .. :P tak pe .. at least aku tau serba sedikit jadik lah..

Apa2 pun.. Register kat Wang Cyber pun aku belum buat lagi.. hehehe.. biasala Newbie suka jadik Tester je ..menyibuk je tau.

Emmm apa2 pun aku nak cuba senarai kat atas nih.. nak tengok rank aku naik ke idak...Jangan Surrender terlalu awal..wpun dah lewat dah skrg nih..tinggal esok je lagi.. :P

Belajar SEO: Due tinggal sehari lagi

Belajar SEO akan tamat esok hari ... huh baru hari nih check balik blog nih.. senarai list index dah makin bertambah dalam Uncle Google ..ada 40 senarai.. kira orait la kan sebagai newbie.

Tak sangka pulak blog last minit nih.. ada juga pengunjung nak dtg..siap kasi komen lagi.. waduh waduh.. terharuu sungguh aku hari nih.. tetiba byk juga list comment dlm nih..

Bila tengok hari nih.. hemmm blog Belajar SEO nih masih belum mencapai top 50 .. memang byk kesilapan juga la.. ye la asyik nak memain je.. bukan nak buat sungguh2 pun.. kalau setakat submit ke blog roll belum tentu dpt dalam masa yang singkat..

Kena bermain2 dengan Backlink...emm.. ntah apa itu..nanti jap kena buat research dulu..

Tuesday, July 8, 2008

Belajar SEO : Baru Hari ini Masuk Index Google

Belajar SEO mula mengorak langkah memasuki index Google pertama kali hari ini. Lama juga lah.

Mula submit hari 5th July, 9th July baru approve. Nak compete ngan Rank Otai lain lagi .. fuh...lama lagi la agaknya.

Sekarang Tinggal 7 hari saja lagi sblm 16th July. Tak pe, anything can happen in 7 days .. tak gitu :P. heheh .. kena yakin beb.

Monday, July 7, 2008

Belajar SEO - Meta Tag

Belajar SEO telah di perlengkapkan lagi dengan Meta Tag dan Alt Image. Tapi Kedudukan masih belum mendapat Index di Google. Hemmm macam mana eh nak buat.

Pelbagai Blog telah bertukar ganti Rank demi mengukuhkan keywords Belajar SEO masing2. Persaingan semakin sengit. Tinggal 8 Hari saja lagi sebelum cabaran di tutup.

Oklah, ada masa nanti aku tambah lagi lah apa yang patut. Sekadar ingin memeriahkan acara SEO ini je. ;)

Cabaran Belajar SEO tinggal 9 hari

Tinggal 9 Hari saja lagi, design blog dah tak de masa lagi nak buat. Yang pasti rank Belajar SEO kerap kali bertukar ganti dengan pelbagai blog2 baru. Satu persaingan yang sihat. Otai memasing telah menunjukkan pelbagai cara demi menaikkan rank Belajar SEO masing2.

Kita Tunggu dan lihat siapa yang akan berada rank teratas nanti pada 16 Julai 2008 ;).

Saturday, July 5, 2008

Belajar SEO


Belajar SEO event telah mula dilancarkan pada 16-Jun-2008 oleh WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia.

Cabaran Teknik SEO ini bertujuan untuk meningkatkan penjualan produk dan servis di internet dan sudah tentu juga akan meningkatkan Wang Adsense dan affiliate anda.


Keyword yang di pertandingkan adalah 'Belajar SEO'.

Pemenang Cabaran ini akan menerima hadiah RM100, Kedua RM60 dan ketiga RM40.

Hadiah agak lumayan bukan?

Cepat Cepat, jangan berlengah lagi sesiapa pun boleh join, sila click di sini!!!

Related Articles by Categories:



Widget by Hoctro